Amanz Malaysia interview on How AWS Helps Organizations In Malaysia

AWS Public Sector Summit 2019 – Bagaimana AWS Membantu Organisasi Di Malaysia
AWS Public Sector Summit 2019 – Bagaimana AWS Membantu Organisasi Di Malaysia

Interview with Malaysian tech press “Amanz” on September 2019 on How AWS supports Malaysian institutions to transform a and innovate:

Pada acara AWS Public Sector Summit 2019 yang lalu, pihak AWS telah berkongsi tentang bagaimana perkhidmatan mereka membantu sektor-sektor awam di rantau Asia. Antara organisasi Malaysia yang turut terlibat dalam acara ini adalah Asia Pacific University dan juga aplikasi Citizen E-Payment Platform (CEPat).

Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)

Reza M. Ganji, selaku Ketua Transformasi Digital, Asia Pacific University telah berkongsi tentang bagaimana perjalanan mereka dalam sektor pendidikan di Malaysia, yang beralih daripada sistem pendidikan yang tradisional kepada sistem pendidikan digital, termasuklah dari segi pengurusan universiti.

Menurut Reza, hasrat untuk beralih kepada sistem yang lebih moden sudah lama, namun pihak mereka merasakan bahawa kos yang perlu ditanggung adalah tinggi. Namun, pihak APU tetap membuat peralihan kepada sistem digital ini sedikit demi sedikit bermula pada tahun 2017 sebelum memindahkannya ke perkhidmatan AWS sepenuhnya pada tahun ini, 2019.

Selepas peralihan telah dibuat, pihak APU melihat banyak produktiviti telah dilaksanakan, dan ia meningkat sehingga 116 kali lebih baik. Reza turut menyatakan bahawa selepas pelaksanaan sistem pengurusan AWS sepenuhnya, segalanya menjadi lebih pantas, teratur dan kos yang perlu ditanggung untuk peralihan ini adalah cukup mampu milik.

Pada mulanya, ia menjadi cabaran kepada mereka untuk mengubah persepsi dan mentaliti para pekerja di sana. Bahkan beliau juga turut menyatakan bahawa usaha mereka untuk mengubah cara bekerja dan mengajar para pensyarah juga bukanlah tugas yang mudah. Namun, selepas pelaksanaan inisiatif ini, APU berjaya untuk mengurangkan respon negatif sebanyak 75%. Kini, para pengajar lebih cenderung untuk menggunakan teknologi daripada AWS ini dalam tugasan harian mereka kerana ia sangat memudahkan cara mereka bekerja dan prosesnya adalah lebih cepat berbanding cara biasa.

Citizen E-Payment Platform (CEPat)

Citizen E-Payment Platform (CEPat) merupakan sebuah aplikasi yang telah dibangunkan oleh kerajaan negeri Selangor menerusi Smart Selangor Delivery Unit (SSDU). Melalui aplikasi ini, pelbagai transaksi untuk beberapa perkhidmatan kerajaan boleh dilakukan secara nirtunai. Antara transaksi yang disokong oleh CEPat ini adalah Cukai Taksiran, Kompaun, Lesen, Parkir dan banyak lagi.

Menurut Dr. Fahmi Ngah, Pengarah Urusan MBI Selangor, dengan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh AWS, ia sangat membantu organisasi mereka untuk menjadi lebih efisyen dalam menguruskan dan menyimpan data. Dengan pengumpulan data yang efisyen ini juga, ia sekaligus dapat membantu Selangor untuk menghasilkan informasi yang berguna untuk inisiatif inisiatif yang lain pada masa akan datang.

Aplikasi ini boleh mula dimuat turun oleh kesemua jenis peranti, iaitu untuk Android dan juga iOS bermula bulan ini. Perkhidmatan ini juga bukan sahaja ditawarkan melalui aplikasi, malah ia juga ditawarkan melalui mesin kiosk dan juga laman rasmi mereka. Beliau juga turut menyatakan bahawa aplikasi ini disasarkan untuk menjadi pusat sehenti untuk rakyat Selangor yang mana ia bakal menyokong untuk membuat pelbagai transaksi yang lain termasuklah bil-bil utiliti.

Dalam usaha untuk mengumpul data, beliau juga turut menegaskan untuk tidak risau akan kecerobohan data kerana pihak mereka sentiasa mengutamakan keselamatan siber untuk data-data yang dikumpul. Di akhir temubual tersebut, Dr. Fahmi juga turut menyatakan bahawa beliau sebagai Pengarah Urusan MBI Selangor menyasarkan untuk menjadikan Selangor sebagai negeri pintar pada tahun 2020. Jadi, dengan pelaksanaan transaksi secara nirtunai antara dompet-dompet digital di Selangor pada masa akan datang, saya menjangkakan bahawa kita mungkin dapat melihat Selangor untuk menjadi negeri pintar yang pertama di Malaysia.

Source: https://amanz.my/2019219045/

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *